Friday, September 14, 2012

This Guy has a Guitar in his Mouth

         Welcome back to me.. heheh.. setahun lamanya sya tidak update blog sya ni. Punyalah paling Manang!!!!! Tu lah berangan-angan mo menjadi blogger sekali "hangat-hangat taik ayam jak".. ahhaha.... Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni sehingga menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk update blog sya. "Tabik Spring' lah kepada bloggers yang ada diluar sana sebab pandai manage time diorang. Lepas ni saya kena belajar daripada yang lain lah. 

         Apa yang sya mau cerita ni, tadi time breakfast sambil2 lah kunu check youtube. Biasanya kalau saya check youtube saya suka layan pasal bakat-bakat yang Paling Manang, vocal-vocal yang outstanding punya (supaya buli berangan-angan walaupun ndak kesampaian), cerita-cerita pelik dan sebagainya. Tiba-tiba saya jumpa ni satu video yang sangat AWESOME punya... ndak tau lah kalau kamu suda tengok ni video. But saya 1st time nampak Act mcm ni.. Kompom kamu pernah dengar orang main Lead Guitar kan terutama yang mimang minat main ni barang, Pa macam pulak kalau bunyi Lead guitar tu bukan dihasilkan daipada instrument itu. Ni kali keluar daripada mulut orang... Perghhhhhh... Kau ada....... bilang orang.... orang yang mempunyai bakat yang luar biasa ini ialah Michael Winslow, dia ni seorang pelakon dan pelawak dari US yang diberi gelaran "Man of 10,000 Sound Effects" kerana memiliki kelebihan untuk menghasilkan bunyi yang memang real sound effect menggunakan vocal dia.Banyak lagi di kena post di youtube tentang bakat dia ni. Bah, apa lagi layan kamu ni video di bawah......


Hary Nianti - saya pun buli buat bah,..... buat bunyi kucing, anjing dan bunyi mcm orang berengkur..ehhhh.. wkakakka... (kesiannn bogia ndak juga mo kalah).. wkakakakkakaka

Thursday, September 29, 2011

Hari Minggu yang Paling Sunday


Ahad lepas, saya dijemput untuk membuat persembahan secara "Live" di Program Selamat Pagi Malaysia TV1 sempena mempromosikan Aktiviti 'Seni Di Wangsa' Anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Saya nyanyi lagi Malaysia 1, Faizal Tahir .. ya lah, masih mood2 Hari Malaysia lagi kan.... Sempat jugalah Promo2 Album Kada Pologoso... Hehehehhe.. Saya Perform pukul 8.25 pagi bersama dengan Kumpulan Tunas Budaya, JKKN Wilayah. Tabik spring sama adik2 ni, semangat dorang pagi2 tu.... comel2 ni..

Pagi tu... memang nyanyian agak semput(ampus2) sedikit...biasalah kan nyanyi pagi2 ni susah sikit mo teriak2.. hehehe... siapa2 yang sempat tengok,.. sory lah kalau xseberapa nyanyian ni... saya tido pukul 4 pagi sbb mo hafal 1 lagu lagi utk mo perform waktu petang ahad tu...lepas tu kena bangun pukul 5.30 pagi.. mana ndak sengsara.. heheh.. tapi best jugalh.. pengalaman yang xakan dilupakan.. Thnx to JKKN atas peluang yang diberikan...

Saya kongsikan gambar-gambar yang diambil oleh kawan saya merangkap assistant saya pagi tu.. kesian juga dia terpaksa bangun awal pagi ni... Tq Raydwin Robin...



Lagu Malaysia 1 - Faizal Tahir

Bersama Kumpulan Tunas Budaya JKKN Wilayah



Waktu petangnya pulak... kena "Lari" lagi ke Wangsa walk Mall, Wangsa Maju sebab kena peform juga untuk program 'Seni di Wangsa'. Nyanyi lagu Ku Sempurna (album Hary Nianti), Tanak Kampung, dan Menjelang Hari Raya. Antara artis yang terlibat seperti Shiha (Mentor), Black (Mentor) dan Shurti. Thanks to Maslina, Queeny, Jenny dan Raydwin yang sama2 join pi tempat tu walaupun sesat juga lah mula2... nasib baik ada GPS ni... hehehhe... Bha, Chek dis out...





Seni di Wangsa



Bersama Shiha Mentor

Thursday, September 22, 2011

PERINGATAN PENTING!!!!!!!!!

Kepada Yang Sayang Nyawa....

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! [KISAH BENAR!! AWAS] Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia maenunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!


********************************************************
Me said,

Eeiiiiii... Bikin takut juga baca ni...Jadi kena xtracareful lh semua terutama kepada yang suka atau terpaksa kuar pada waktu mlm... Paling bagus kalau ada teman time kuar.. Jangan trip2 berani kuar sendiri... Bukan masanya mo tunjuk ego ni kunu ndak takut apa2... Sekali putus kepala... Nahhhh... Amik ko sana... Telebih ego pun ndak juga bagus.... Zadeyyyyyy.... Jagalah keselamatan kio....