Friday, May 14, 2010

Sugandoi DBKK 2010 - Paling Manang... si N




“Kinoikatan nu poponsikou dogo” …. adaituuuuu… ndak sia-sia berteriakan sampai sarut suara ni menyokong ni saturang. Sepa lagi kalau bukan si N..(Peter Anderson Nianti) .. apabila dia dinobatkan sebagai JUARA SUGANDOI DBKK 2010 yang diadakan di dataran DESOKA kaitu nama dia?… tou… pada 13 May (malam tadi) . ehemmm.. twin saya ni kenen… wahhhh… tumpang glamor luk kijap. Laungan Paling Manang saya, lissa n Joy rupa-rupanya petanda bahawa memang si N paling manang…hihihi.. Nasiblh ko nda ketawa time peform sana stage kan N? Yang penting ko punya berlutut itu yang paling mahal. Apapun lagu Minogivang koh pomuandaman ku lagu sifu Danny F. Malinggi dan lagu Kaulah Segalanya nyanyian Hasrul Nidzam menjadi pertaruhan si N untuk Sugandoi DBKK kali ini dan sesungguhnya pemilihan lagu yang tepat, kemantapan Vocal dan persembahan si N itu malam dapat menambat hati juri apabila dia dinobatkan sebagai JUARA SUGANDOI DBKK 2010… Tapukkkkkk Tangannnnn…


Jenny Gaising pula yang menyanyikan lagu Koupusanku nyanyian Joanne dan Teruskanlah nyanyian Agnes Monica mendapat tempat kedua manakalah Ferrady Okiling yang juga menjadikan lagu Minogivang ko pomuandamaku sebagai lagu wajib beliau dan lagu pilihan beliau saya lupa tajuk dia tapi nyanyian Anuar Zain lh, di tempat yang ketiga. Ketiga-tiga pemenang ni akan mewakili tiga bahagian iaitu, Peter Anderson Nianti (Api-Api), Jenny Gaising (Likas) dan Ferrady Okiling (Tanjung Aru).

Seramai 7 orang finalist Sugandoi DBKK 2010 iaitu Jenny Gaising, Winnie Kuntip, Marlinney Fane, Ferrady Okiling, Noriyati (ndak sure nama dia betul), Peter Anderson NIanti dan Ezlan yang saya kira memang hebat-hebat belaka tidak kira dari segi vocal, persembahan apalagi kebanyakkan daripada diorang mempunya pengalaman yang luas dalam pertandingan seumpama ini. Syabas inspector sahab untuk ketujuh-tujuh finalist Sugandoi kerana mempamerkan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga. Ramai bha tu yang pigi audition tapi kamu tujuh orang yang kena pilih, jadi bagi saya kamu semua adalah pemenang.

Bah, ini lah dia finalist-finalist Sugandoi DBKK 2010 yang sempat saya ambil gambar diorang lah.. Ming2 fotografer dulu kenen..hehhe.. Adaituuuu….


1. Jenny Gaising



2. Winnie Kuntip



3. Marlinney Fane



4. Ferrady Okiling



5. Noriati (sepa tau full name dia tulung kasi tau arr... )

6. Peter Anderson Nianti



7. Ezlan



Seperti biasa ada jugalah suara-suara ketidakpuasan hati dari beberapa pihak om termasuk saya jugalah bha..hehhe…adaituuu... “Sepatutnya yang si anu tu ndak layak bha di tempat ke…. “ itu salah satu statement yang saya dengar malam tu. Tapi apa buli buat, juri tetap juri dan kita terpaksa akur dengan keputusan yang diorang buat.

Apa pun syabas kepada pemenanglah.. Gud Luck nanti untuk State punya Sugandoi… Buat yang terbaik and jangan Over Confident. Yang penting kasi malatup… yeehaaaa… adaituuuuu….


Inilah dia penyokong kuat si N yang diimport khas dari Beluran, Tuaran, Kota Marudu, Tambunan, Kota Belud, Penampang.. hahah... sampai pengantin baru pun turun padang ni...

opsss... ada anugerah khas penyokong pulak ni... pemenangnya ialah LISSA DOLLY My Dalung (sorakan terkuat.. Saguhati Dazanak pun nama si N juga dia sebut.. binggung si Othe turus.. hehehhe)...

Yang penting ... PALING MANANG.....Adaituuuuuu.....

3 comments:

  1. wakakakakakakakakak aku katawa2 mmbaca blog mu ini dalung..rajin2 lagi ko menulis buli aku ketawa terus terus hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahah... jangan ko sana... baru kiri tu... klo Tangan uda pandai begerak(bilang si Mike) kumpum pingsan... huahuahua

    ReplyDelete