Thursday, September 29, 2011

Hari Minggu yang Paling Sunday


Ahad lepas, saya dijemput untuk membuat persembahan secara "Live" di Program Selamat Pagi Malaysia TV1 sempena mempromosikan Aktiviti 'Seni Di Wangsa' Anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Saya nyanyi lagi Malaysia 1, Faizal Tahir .. ya lah, masih mood2 Hari Malaysia lagi kan.... Sempat jugalah Promo2 Album Kada Pologoso... Hehehehhe.. Saya Perform pukul 8.25 pagi bersama dengan Kumpulan Tunas Budaya, JKKN Wilayah. Tabik spring sama adik2 ni, semangat dorang pagi2 tu.... comel2 ni..

Pagi tu... memang nyanyian agak semput(ampus2) sedikit...biasalah kan nyanyi pagi2 ni susah sikit mo teriak2.. hehehe... siapa2 yang sempat tengok,.. sory lah kalau xseberapa nyanyian ni... saya tido pukul 4 pagi sbb mo hafal 1 lagu lagi utk mo perform waktu petang ahad tu...lepas tu kena bangun pukul 5.30 pagi.. mana ndak sengsara.. heheh.. tapi best jugalh.. pengalaman yang xakan dilupakan.. Thnx to JKKN atas peluang yang diberikan...

Saya kongsikan gambar-gambar yang diambil oleh kawan saya merangkap assistant saya pagi tu.. kesian juga dia terpaksa bangun awal pagi ni... Tq Raydwin Robin...



Lagu Malaysia 1 - Faizal Tahir

Bersama Kumpulan Tunas Budaya JKKN Wilayah



Waktu petangnya pulak... kena "Lari" lagi ke Wangsa walk Mall, Wangsa Maju sebab kena peform juga untuk program 'Seni di Wangsa'. Nyanyi lagu Ku Sempurna (album Hary Nianti), Tanak Kampung, dan Menjelang Hari Raya. Antara artis yang terlibat seperti Shiha (Mentor), Black (Mentor) dan Shurti. Thanks to Maslina, Queeny, Jenny dan Raydwin yang sama2 join pi tempat tu walaupun sesat juga lah mula2... nasib baik ada GPS ni... hehehhe... Bha, Chek dis out...





Seni di Wangsa



Bersama Shiha Mentor

Thursday, September 22, 2011

PERINGATAN PENTING!!!!!!!!!

Kepada Yang Sayang Nyawa....

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! [KISAH BENAR!! AWAS] Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia maenunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!


********************************************************
Me said,

Eeiiiiii... Bikin takut juga baca ni...Jadi kena xtracareful lh semua terutama kepada yang suka atau terpaksa kuar pada waktu mlm... Paling bagus kalau ada teman time kuar.. Jangan trip2 berani kuar sendiri... Bukan masanya mo tunjuk ego ni kunu ndak takut apa2... Sekali putus kepala... Nahhhh... Amik ko sana... Telebih ego pun ndak juga bagus.... Zadeyyyyyy.... Jagalah keselamatan kio....

Wednesday, September 21, 2011

Wednesday, August 31, 2011

Kada Pologoso by Hary Nianti Promo Clip



Lagu/Lirik : Douglas Henry
Artist : Hary Nianti
Pusakag Production

Borosku nangku ih nokoruol dika

Borosku nangku ih papakaus dika

Nokuro au koh suminimbar doho

Nokuro minsodu koh nodii mantad doho


Au oku kaanu masi miagal diti

Toririmo nopo id poguhatan

Au oku kaanu masi miagal diti

Miagal rombituon natagakan do tulan


Kada pologoso oku miagal diti

Poimpasi id koinggoritan

Kada pologoso iti timpu tumalib

Atalup oku, atagak oku

Id koihadan...


Lagu ini disenaraikan dalam Carta Paling Manang SabahFM ... Kepada semua rakan2 di luar sana yang sudi, sila Undi lagu ini dengan click Link ini --> Carta Lagu Paling Manang .. Seterusnya Mengundi lagu Hary Nianti~Kada Pologoso... Thanks soooo much.. i luv u guys... ^__^



Thursday, August 25, 2011

Kristian "Halal" Pelacuran : Sinar Harian Minta Maaf

Akhbar Sinar Harian hari ini memohon maaf atas penyiaran satu kolumnya semalam berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan Kristian.

Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian' itu hari ini diakui "silap" dan "tidak tepat", menurut notis permohonan maaf yang disiarkan di halaman nasional akhbar tersebut hari ini.

sinar harian on christian movement aims july 23 2011"Dengan ini kami menarik semula (kolum) Info tersebut dan memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, khususnya para penganut agama Kristian di atas kesilapan yang dilakukan," notis itu dipetik.

Tulisan itu juga telah ditarik balik semalam oleh pengarah urusannya Datuk Hussamuddin Yaacub yang turut memohon maaf menerusi satu tulisan di laman Twitter.

Akhbar itu semalam mendakwa gerakan Kristian antara lainnya merancang untuk menggalakkan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan serta menghalalkan pelacuran.

Gerakan Kristian juga didakwa berusaha "merosakkan moral dengan kegiatan luar" serta memasukkan "unsur kurang baik (atau) adegan keterlaluan dan muzik yang melampau" sehingga menyebabkan orang Islam "leka dan lupa diri."

Tulisan berkenaan disiarkan ketika isu berhubung siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church semakin mendapat perhatian.

Siasatan yang dijalankan JAIS ke atas gereja berkenaan pada awal bulan ini adalah berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian.

Sumber :Malaysia Kini Ogos 24, 11 12:04pm
************************
Hary said:

Agak-agak lah kalau membuat kenyataan tu.. Saya rasa semua agama mengajar tentang kebaikkan bukan keburukkan. Jangan sampai "Menconteng Arang di Muka Sendiri" . Jangan jadikan Agama sebagai mainan POLITIK juga. Tak kan lah 'desperate' sampai macam tu sekali. mmmmmm....

Terlajak Perahu boleh diundur, Terlajak Kata badan BINASA!!!!!! mcm seorang tu yang konfiden cakap isu pasal VALENTINE (budaya kristian). Siapa yang pernah mengikut cerita tu dia tau lah.... Paling Manang kalau itu... huhhuhhhh

Saturday, August 20, 2011

Christian Bautista - Beautiful Girl



Beautiful girl wherever you are
I knew when I saw you you had opened the door
I knew that I'd love again after a long long while
I'd love again.
You said hello and I turned to go
But something in your eyes left my heart beating so
I just knew that I'd love again after a long long while
I'd love again.

Refrain : It was destiny's game
will love finally came on
I rushed in line only to find
That you were gone.

Whereever you are I fear that I might
Have lost you forever like a song in the night
Now that I've loved again after a long long while
I've loved again.

Repeat Refrain

Beautiful girl I'll search on for you
'Til all of your loveliness in my arms come true
You've made me love again after a long long while
In love again
'And I'm glad that its a cute to you
'Hmm beautiful girl

Syok ni lagu.. saya pernah bawa lagu ni bersama Fanzi Ruji masa Kaamatan Klang Valley Mei lepas.
Lagu ni kena dinyanyikan semasa pemgumuman peserta top-10 Unduk Ngadau Klang Vallley. Masa tu saya xberapa tau lagu ni sangat, but kena suruh nyanyi jadi hantam sajalah.. Syok lagu ni... mau dedicated dis song utk semua kaum hawa di luar sana... Beautiful Girls....

With Love,
Hary Nianti

Monday, August 8, 2011

Phillippines Vs Malaysia - Better In Time



Saya check2 youtube... tiba2 saya jumpa ni Video. Emmmm... saya heran ni, banyak sangat orang dr 'sana' buat video mo compare2 sama Malaysia punya singers ni. Ni video dorang compare pulak sama Esther Applunius - Lagu Better In Time... saya suka penyanyi philipines sebenarnya.. sangat best. tpi kan, yg bikin panas ni dia punya fanz. Klo di baca komen dia di youtube, dorng ckp Malaysia singers ni Worse than a nightmare.. Dikasi compare lah Better in time versi Pinoy n Malaysia...

Pendapat saya lah kan.. Bukan juga Bias.. Saya tingu ni Video, Esther lagi PALING MANANG berbanding penyanyi si Sarah G ni... Esther mampu membawa lagu ni mcm lagu dia sndiri.. I mean, pembawaan dia sangat kreatif dan tidak membosankan di samping Vocal dia yang mantap. Yg dr Philipines ni terlalu monotone dan tiada kreativiti.. Kalau setakat meniru penyanyi asal buat apa. Ramai lagi boleh buat. Sekarang ni macam mana kita boleh tampilkan kreativiti sendiri.. ini lah kelebihan Penyanyi dari Malaysia sebenarnya...

Yang membuat ni video pun satu macam.. jangan lah buat video compare2 mcm ni..siap ada bendera lagi ni... kalau utk kompilasi mcm .. Better In time versi Asian ka ok sikit...heheh.. masing2 ada kelebihan... pa pun... yang penting kita support kita punya artis lah juga k...

adiossssssssss....


Saturday, August 6, 2011

Happy Birthday To My Dad



Dad, I cherish your birthday,
because when you were born,
I got a role model
to show me how a man should be.
Especially on your birthday,
I compare (myself/other men) to you.
I (aspire to/look for) your strength
in making hard decisions
that can’t be avoided.
I appreciate your good character,
your respect for others,
your willingness
to lend a helping hand
even if it’s incovenient for you.
On your birthday,
I’m so very grateful for your love,
a fatherly love that gives me
purpose and direction
as well as peaceful inner security.
Dad, on your birthday, let me just say...
there are no words to express
how grateful I am that you were born
and that you are my dad.

Happy Birthday My Dad... Mr.Nianti Sadal

Friday, August 5, 2011

The News


Hello semua, di sini sya postkan keratan akhbar News Sabah Times mengenai Pelancaran Album Hary Nianti. Jadi kepada sesiapa yang tidak berkesempatan datang pada hari tersebut, boleh click akhbar dibawah ni untuk melihat sedikit sebanyak mengenai apa yang berlaku sewaktu Pelancaran Album Tersebut. Thnx guys :-)
Credit to : NST






Tuesday, August 2, 2011

Thank You From The Bottom Of My Heart

halo semua.. sory banyak2 sebab lambat update blog sya tentang Pelancaran Album saya hari tu.

30 Julai yang lepas, secara rasminya Album Hary Nianti~Kada Pologoso telah dilancarkan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Donald Peter Mojuntin, bertempat di Damai Club Jalan Bundusan, Penampang. Thnx to Datuk atas kesudian merasmikan dan seterusnya melancarkan Album Hary Nianti.

Kepada Keluarga saya yang datang dari Beluran, Sandakan, KK dan di mana saja, Thnx atas sokong daripada anda semua.. Ini adalah hadiah daripada saya kepada anda semua. Sakag-sakag mantad Beluran.

Saya juga ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Jawatankuasa Pelancaran Album yang bertungkus lumus dalam membuat persiapan pelancaran agar dapat berjalan dengan lancar. U guys memang paling manang. Tanpa kalian, semuanya tidak akan berlaku. Mr Henry Monis Gumisi & Mr Douglas Henry (Advisor), (Chairman) Callix Tamin, (Assistant) Peter Anderson Nianti, (Stage & Floor Manager) Jasonjay, (Technical Manager) Miklin Ationg, (Assistant) Zoe Albertus, (Emcee) Hafifi Hafidz Horace, (Receptionist) : Edina Sung Burungoh, Phebby Anne Merie, Arlin Ansil, (Usher) : Peterson Nianti, Dalbonds Jalabid, Radwayne Robin, (Videoman) Alvin Dusity (Photographer) : Japrin Thomas, Joe Joachim (Sales of Album) Pusakag Production Crew.

Kepada Rakan-rakan artis yang turut memeriahkan lagi Pelancaran tersebut, Anderson Nianti, Betcy Michael, Usal Jon Gavis, Bernard Laimen Michael, Esther Clement Tubong, Marlleney Fane, Jaymeral Henry, Fanzi Ruji, Joseph George dan kemunculan Esther Appulunius (better in Time masi terngiang2 di telinga ni)... Paling manang peformence kamurang semua... thnx guys kerana sudi memeriahkan lagi Pelancaran Album pada malam itu. Terharu dengan sokongan anda semua... tq soooooooooo much... muahhhhhh

Kepada rakan-rakan Media yang hadir pada malam tersebut.. KADUS Entertainer, NST, Daily Express, Utusan Borneo, RTM, Sabah FM, KKFM, Suria FM, Sabahan FM dan lain-lain lagi (siou kalau ada yang ndak tertaip).. sokongan daripada anda semua sangat saya hargai dan akan dikenang sampai bila... Thnx so much kio...

Juga tidak lupa atas kehadiran semuaaaa kawa2 yang hadir (mau juga saya taip satu2 tapi takut ndak habis sampai bisuk menaip jak.. heheheh)... u know who u are.. Thnx so much atas sokongan anda semua.. Saya sangat gembira dan terharu dengan kehadiran anda semua dan seterusnya sokongan yang diberikan pada malam tersebut. Siou kalau ada kekurangan dari saya sama kamurang semua. Saya sentiasa akan mengingati kamu semua dan juga atas sokongan yang diberikan.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan yang diberikan. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas segala kebaikkan daripada anda semua. Saya tidak akan melupakan pengalaman indah ini.

Tuhan Memberkati

Regards,
Hary Nianti

Friday, July 29, 2011

Highest Vocal Register - Mari Belajar.. ahhhhhhhh!!!!!!!!!!

Understanding Flute or Whistle Register of the Voice

Based on Oren Brown's book Discover Your Voice, I would like to explain what the highest vocal register, known as "Flute", "Whistle" or high "Falsetto" is all about. It is not an area of the voice most of us sing with unless you are Mariah Carey or a coluratura Soprano singing light operatic roles such as Lakme or Queen of the Night. However, it is a part of the voice we all have to a greater or lesser extent. Developing it increases your range and ease of high notes. I believe in developing the entire voice and this area is no exception.

Flute register starts usually around B above the staff for women and B on the staff for men. This can also be found a bit lower in the voice for lower voice types. The key is how

the sound is produced. The first important concept to understand is that there is NO sensation of reaching for high notes. There is total relaxation of the lips, tongue and jaw. For those of y

ou who have been working with me for a while this should sound very familliar. There is no healthy singing with any sort of upper body/vocal tract tension.

When this register is first experienced by the singer it just seems to pop out of him or her from nowhere. It feels detached from the throat and completely out of the singer's control. Welcome this new sensation! A light free "uh", "oo" or hum with a tiny lip opening and a gentle flow of air produces this light and free sound. The sound seems to come from nothing---it just happens. It may be on a different pitch than you intended. You will feel as if you had little or nothing to do with the sound you made. It will feel and sound very light and free. It should be a small sound, even a gentle squeak at first. As Oren Brown so accurately describes, it will seem like an entirely different voice. The note really should "pop out" by itself, or it's not true flute register. You can't force or push out these notes. They should not in any way be an extension or a straining of your head voice.

When this register is first experienced by the singer it just seems to pop out of him or her from nowhere. It feels detached from the throat and completely out of the singer's control. Welcome this new sensation! A light free

To produce flute register, the mouth is barely open, but there is a large back throat space. There is relaxation of lips, jaw and tongue. The tongue is in it's resting position by the lower front teeth. Cheek muscles are loose and the mouth corners are not spread. With a light airflow try a free hum or a sound like "uh" or "ooh" and glide down lightly on it by a 5th. If you were to start with a B you would lightly glide down to an E. Only do this as high as is comfortable and freely produced. Another way of discovering this area of the voice is a light broken apeggio 1-3-5-8-5-3-1 type of exercise. The top note should be the lightest.

It can take years to strenthen this register, but usually our goal is just to feel complete relaxation, an increase and ease of high notes and vocal freedom there. You should only practice this 5 minutes a day. Afterwards try singing in your normal head voice and see if it isn't a bit easier! Surprisingly, use of this upper register can also increase your very low notes as you have gently stretched your vocal tract.


Note: These exercises are offered to you as a service. We cannot guarantee that they will help you, although we hope that they do. The content of VocalFocus is provided for general information, reference and entertainment purposes only, and is not meant to replace voice lessons. It is impossible to teach or learn voice improvement without interaction between the teacher and student. No guarantee or warranty, either express or implied, is given with regard to the accuracy of any information provided by, or linked to, this web site and VocalFocus shall not be liable for any damages or liability, of any nature whatsoever, arising from the information or exercises provided.

© 2005 Ronni Lederman, VocalFocus.com

Sumber : http://www.vocalfocus.com/whistle.html

Tuesday, July 26, 2011

Persiapan Pelancaran Album Hary Nianti



Haluuuu guys... Tinggal beberapa hari sahaja lagi Album Hary Nianti akan dilancarkan. Ramai kawan-kawan mengajukan soalan kepada saya tentang bagaimana persiapan Pelancaran Album yang bakal diadakan pada sabtu ni (30 Julai). emmmm... Macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran saya sekarang ni, lagilah sekarang base di KL bukan di KK... kalau di KK memang saya boleh lakukan banyak benda bersama-sama comitee. Tapi apakan daya, jauhhhh merantau di negeri orang bei..

Setakat ini persiapan berjalan dengan lancar atas bantuan beberapa rakan-rakan baik saya di Sabah bersama dengan crew PUSAKAG Production. Saya sangat bersyukur mempunya sahabat seperti diorang yang begitu komited dalam membuat persiapan Pelancaran Album ini nanti. Guyssss kamu semua memang Paling Manang!!! ... Doakan agar perjalanan Pelancaran Album ini akan berjalan dengan lancar.
Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan atau yang berkesempatan, sudi-sudikanlah menghadirkan diri ya.^__^ Sokongan daripada anda semua sangat saya hargai.

Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Regards,
Hary Nianti

Tuesday, July 5, 2011

Hary Nianti - Artis Kelahiran Kente Musim Pertama



by:Tom Kurus

“JUJUR saya katakan bahawa saya adalah penyanyi kelahiran KENTE musim pertama,”. Demikian pengakuan Hary ketika berbicara mengenai penglibatan dirinya dalam bidang nyanyian.

KE Next Top Entertainer (KENTE), yang telah melabuhkan tirainya buat pertama kali pada tahun 2009 jelas membuktikan objektifnya untuk melahirkan penyanyi yang berkebolehan untuk diketengahkan di dalam industri muzik di Sabah.

Hary merupakan finalis Top 10 dalam KENTE musim yang pertama. Penyanyi yang baru berusia 26 tahun ini telah merakamkan album sulungnya baru-baru ini dibawah label Pusakag Production.

“Sebenarnya saya tidak menyangka KENTE telah membawa saya sejauh ini. Pada masa itu, saya hanya mencuba nasib setelah mendapat dorongan daripada kawan-kawan di sekeliling. Masih segar di dalam ingatan saya pada malam saringan yang diadakan di Pusakag Café, Donggongon, saya telah disapa oleh pengurus café tersebut, yang juga merupakan pemilik Pusakag Production untuk masuk ke dalam pejabatnya untuk berbual.

“Beliau memberitahu saya bahawa saya mempunyai pakej yang menarik untuk diketengahkan sebagai penyanyi. Saya hanya mampu tersenyum sambil mendengar kata-katanya itu. Apa yang amat mengejutkan saya, beliau berkata sama ada saya berjaya masuk atau tidak dalam pertandingan akhir nanti, beliau tetap menaruh harapan yang tinggi kepada saya untuk diketengahkan sebagai penyanyi pada satu hari nanti. Jika tiada aral yang melintang, beliau mungkin akan menerbitkan album untuk saya suatu hari nanti,” jelas penyanyi kelahiran Beluran ini.

Namun mungkin nasib tidak menyebelahi Hary pada pertandingan akhir KENTE 1 kerana tidak berjaya merangkul sebarang anugerah. Aktiviti nyanyiannya tidak berhenti begitu sahaja tetapi Hary kerap kali menerima undangan menyanyi di sekitar Kota Kinabalu selepas itu.

“Selang beberapa bulan selepas pertandingan akhir yang dilangsungkan di KDCA pada ketika itu, sekali lagi pemilik Pusakag Production tersebut memanggil saya untuk berbual-bual. Pada malam itu, beliau telah menawarkan saya untuk merakamkan album dibawah label Pusakag Production. Sememangnya saya amat terkejut dengan tawaran tersebut, namun saya memberitahunya bahawa saya perlu memikirkannya terlebih dahulu. Walaupun jauh didalam hati, saya ingin memberi jawapan pada saat itu juga, namun saya perlu bertanya kepada keluarga saya terlebih dahulu,” ujar Hary lagi yang mendapat dorongan penuh daripada keluarganya dalam perjalanan seninya ini.

“Rakaman album ini telah bermula sekitar penghujung tahun 2009. Namun disebabkan komitmen kerja yang begitu padat, sukar untuk saya membahagikan masa diantara kerja dengan rakaman tersebut. Namun saya berasa amat bersyukur kerana pada penghujung tahun lalu, saya telah memberi komitmen yang penuh terhadap album ini walaupun saya berada jauh di Kuala Lumpur bekerja.

“Saya terpaksa berulang-alik di hujung minggu daripada Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur untuk membuat rakaman. Satu pengorbanan yang saya kira berbaloi kerana hasilnya dapat dilihat sekarang,” kata Hary yang amat gembira dengan kelahiran albumnya yang sulung ini.

Selain itu, album Hary Nianti yang berjudul “Kada Pologoso” ini yang memuatkan 10 buah lagu dan sebuah lagu Joseph George yang merupakan seorang artis jemputan, bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini. Album ini yang telah mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan telah mempertaruhkan lagu-lagu yang kebanyakannya hasil ciptaan dan sentuhan komposer muda, Douglas Henry.

Albumnya yang sudah boleh didapati di pasaran dengan harga promosi hanya boleh didapati di beberapa tempat pada ketika ini termasuklah di Pusakag Café. Tambahan lagi, KENTE musim ketiga nanti yang bakal berlangsung pada 9 Julai 2011 bertempat di Auditorium Tun Raffaee akan menyaksikan persembahan Hary sebagai artis undangan dan albumnya ini juga boleh didapati pada malam tersebut diatas harga promosi.

Selain daripada Hary, KENTE juga telah banyak mengetengahkan artis-artis yang baru seperti Bernard Michael Laimen dan Deffny Pearl Tanggar yang telah merakamkan album. Pemenang Sugandoi pada tahun ini iaitu Feraddy Okuling adalah juga hasil kelahiran KENTE musim pertama. Mungkin tidak ramai yang menyedarinya tetapi itulah hakikatnya bahawa KENTE telah memberi mereka platform untuk bertapak dalam bidang ini.

“Nasihat saya kepada finalis KENTE musim ketiga ini, percayalah kepada bakat anda. Tidak semestinya kalah dalam pertandingan ini nanti bermakna bakat anda tidak dihargai. Percayalah bahawa rezeki itu ada dimana-mana. Kita harus bersabar dalam apa juga keadaan sekalipun. Anda mestilah sentiasa percaya bahawa anda boleh melakukannya dan akan dapat melangkah lebih jauh lagi.

Jika kita lihat penyanyi-penyanyi Malaysia pada hari ini, mereka merupakan insan-insan yang tidak pernah kenal erti jemu dan sentiasa yakin serta tidak pernah memandang kepada kelemahan mereka sebagai satu penghalang dalam membina kerjaya mereka untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat kelak,” jelas Hary yang ingin berkongsi pengalaman kepada finalis KENTE musim ketiga ini.

Di kesempatan ini juga, Hary ingin menjemput semua peminat di Daerah Beluran untuk turut serta didalam “Hiburan Hujung Minggu Bersama Bernard Laimen dan Hary Nianti” yang diadakan pada hari ini, Ahad, 3 Julai 2011 bertempat di Astaka, Beluran, yang akan bermula pada jam 10 pagi.

Pelbagai acara telah diatur termasuklah memperkenalkan penyanyi-penyanyi baru seperti Anderson Nianti, Raflie, Edwin, Lainjih, Janai, Doddy, Marylyn, Azilin, Hillary, Emilda dan Victor.

Sambil mengakhiri temu bual, Hary ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kadus Entertainment yang telah memberinya platform untuk bergelar sebagai seorang penyanyi.

“Tidak lupa juga kepada Pusakag Production yang percaya kepada bakat saya serta media cetak dan elektronik yang banyak memberi promosi kepada saya. Akhir sekali, terima kasih kepada DJ Dj radio yang telah dan bakal memainkan lagu-lagu saya ini nanti,” ujar Hary mengakhiri perbualan.

Disamping itu, kepada peminat-peminat Hary yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kegiatan seninya, layarilah Facebook “Hary Nianti” atau blognya di www.wix.com/haryson_85/hary-nianti

"Tidak semestinya kalah dalam pertandingan ini nanti bermakna bakat anda tidak dihargai."

- Hary Nianti

Sumber: News Sabah Times

Friday, July 1, 2011

Jom meriahkan Hiburan Hujung Minggu bersama Bernard dan Hary

by : Ersie Chell Anjumin

1 Julai 2011 : BUAT julung kalinya dua jejaka kelahiran Beluran yang baru saja melahirkan album sulung mereka; bakal bergabung mencipta fenomena baru sebagai usaha mempromosikan album masing-masing menerusi mini konsert ‘Hiburan Hujung Minggu’ yang akan diadakan hari Ahad ini.

Selain mempromosikan album, Bernard Laimen Michael yang muncul dengan ‘Nipi Ku’ dan Peter Haryson dengan ‘Kada Pologoso’ bakal mengatur langkah diatas pentas terbuka Beluran bersama-sama dengan penampilan istimewa bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan di persada industri muzik Sabah.

Antara penyanyi yang akan ditampilkan nanti ialah Peter Anderson, Feliscia@Cicie, Rafley, Edwin, Lainjih, Janai, Doddy, Marylyn, Azilin, Hillary, Emilda dan Victor. Menyuntik aura pada setiap persembahan yang bakal dipertontonkan ialah The Reunion Band sebagai band pengiring yang diketuai oleh Johanis Ampak.

Acara yang bakal dirasmikan oleh Pegawai Daerah Beluran, Yusop Hj. Osman akan bermula pada jam 10 pagi dan dijangka berakhir pada jam 3 petang di Astaka Beluran.

Pelbagai acara turut dijadualkan berjalan pada hari itu seperti cabutan bertuah dan pertandingan Gigs secara spontan.

Stesen radio online labukdotfm, akan membuat liputan secara langsung mengenai konsert yang bakal berlangsung nanti sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti sihat yang dilakukan.

Menurut Bernard, selain bertujuan mempromosikan album dan mengetengahkan individu berbakat, ‘Hiburan Hujung Minggu’ itu turut dijalankan dengan harapan aktiviti yang dilakukan dapat menghindarkan warga Beluran daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

Malah baginya, pendekatan yang dibuat secara tidak langsung dapat membuktikan pada remaja di Beluran bahawa bidang muzik juga mampu menjana pendapatan jika dilakukan dengan cara yang betul.

Manakala bagi Hary pula, aktiviti sedemikian mampu mengeratkan silaturahim kerana ia bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi juga menjadi tempat himpunan kekeluargaan seluruh masyarakat Beluran khususnya dan juga Sabah secara amnya.

“Bukan selalu program seperti ini ada di Beluran, jadi kesempatan seperti ini harus kita ambil untuk bertemu dengan keluarga dan sahabat handai selain kita berhibur,” ujarnya yang sanggup balik dari Kuala Lumpur semata-mata untuk turut serta menghibur masyarakat di Beluran.

Menyimpulkan perbualan, Bernard dan Hary mewakili seluruh pihak pengurusan ‘Hiburan Hujung Minggu’ mengalu-alukan respon positif daripada warga Beluran demi menjayakan mini konsert itu nanti.

Sumber: News Sabah Times

P/S : Kepada sesiapa yang berada di sekitar tempat tersebut, kita jumpa di sanaaaaaa.... kita kasi gempaq Beluran.. ni kali lah.... ^__^

Monday, June 27, 2011

How not to be afraid of tomorrow!


I am not afraid of tomorrow for I have seen yesterday and I love today.


Noah's Ark : Everything I need to know, I learned from Noah's Ark .

ONE : Don't miss the boat.

TWO : Remember that we are all in the same boat!

THREE : Plan ahead. It wasn't raining when Noah built the Ark .

FOUR : Stay fit. When you're 60 years old, someone may ask you to do something really big.

FIVE : Don't listen to critics; just get on with the job that needs to be done.

SIX : Build your future

SEVEN : For safety's sake, travel in pairs.

EIGHT : Speed isn't always an advantage. The snails were on board with the cheetahs.

NINE : When you're stressed, float awhile.

TEN : Remember, the Ark was built by amateurs; the Titanic by professionals.

ELEVEN : No matter the storm, when you are with God, there's always a rainbow waiting.


Friday, June 24, 2011



Album Hary Nianti - Kada Pologoso, kini berada di Karaoke-Karaoke Sekitar Kota Kinabalu..
Bha ni kali lh... jom Test Powerrrr!!!!!!

** Pembetulan - Tambunan Golf Club (TNGC).

Monday, June 20, 2011


Hiburan Hujung Minggu Bersama Hary Nianti & Bernard Laimen Michael. Bertempat di ASTAKA, Beluran pada 3 Julai 2011 jam 10 pagi. Ada banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Siap boleh dapat hadiah lumayan lagi tau.. nah.. mana kau cari... Memperkenalkan juga baka-bakat dari Beluran yang tidak kurang hebatnya iaitu Anderson Nianti (juara Sugandoi DBKK), Raflie, Edwin, Lainjih, Janai, Doddy, Marylyn, Azilin, Hilary, Emilda & Victor.

Penjualan Album Hary Nianti - Kada Pologoso akan diadakan pada masa itu. Jadi kepada yang berada di sekitar sila datang beramai-ramai k... Yang dari jauh pun kalau free2 tu datang2 lah kio... bila lagi boleh melawat Beluran ni....

ok ... jumpa anda semua disaaaaanaaaa!!!!!


Thursday, June 16, 2011

Manusia Yang PALING MANANG!!!

Sya sebenarnya bukan lah jenis yg suka Post2 perkara yg bikin panas ni... tpi ni kali lh ndak leh handle..

Manusia oh Manusia.... Org yang saya mau cecite2 ni bukan lh saya cakap jahat ka apa ka, tapi dia layak untuk menerima anugerah yang "Paling Manang- kategori Bikin panas" . Ya lh, biasalhkan manusia xakan lari daripada membuat kesilapan. Tapi kalau yang xpandai sedar tu yang xberapa best tu. pernah dengar "PHD"... bukan yang gelaran PHD dekat Universiti tu.. yg "Perasaan Hasad Dengki". nahhh... Paling Manang kan...

Nokuro, Why, Kenapa, Baket po, mau dengki2 ni.... masing-masing sudah ada kerja sendiri, ada tugasan sendiri apa lagi mau menyibuk? takut orang lain lebih nampak buzy ka sampai orang mau konsentret kerja sendiri pun mau juga diganggu. Tau lah, mungkin orang baru kan, tapi otak kitaorg bukan tiada fungsi sampai tidak boleh berfikir. Mendidik atau mengajar dengan cara yang betul kami(saya) terima tapi sampai membuat kitaorg kelihatan bodoh tu yang paling bikin panas!!!! .... kalaulh saya jak yang komplain mgkin saya yang ada problem, tapi kalau sampai satu dunia tahu perangai ni org nah tu yang sedih sikit tu..

Pengajaran sama kitaorng lah kan termasuk diri saya juga, jangan lah ada perasaan dengki dengan orang lain, buatlh kerja dengan ikhlas dan dengan niat yang baik.

P/S ; Sory lah ekk, meluah perasaan pulak... hahaha...Jika ada kata-kata yang kasar tu, minta maaf banyak2 ya... i luv u guys... yang penting kita semua Paling Manang!!!!!!

Apa pun jangan lupa beli Album HARY NIANTI - Kada Pologoso k... luv u all.... ^__^

Saturday, June 11, 2011

Album Hary Nianti - Kada Pologoso


Haloooooo semua, lama saya xupdate blog saya ni...ntah lah, sama ada malas, no idea, xada masa atau sebagainya.... apapun saya harap kamurang semua sihat-sihat n happy2 lh kan... banyak perkara berlaku kepada saya sejak kebelakangan ni... Ada yang Paling Best, Kurang best, xbest, xbest langsung n bikinnnn panazzzzz... tapi orang kata, itulh asam garam kehidupan. Yang penting hidup mesti diteruskan....

Saja nak berkongsi dengan kamurang semua, mungkin ada yang tahu n ada yang belum, Album Hary Nianti-Kada Pologosoo kini berada di pasaran. Album yang benaung di bawah PUSAKAG Production ni memuatkan 11 buah lagu termasuk 1 lagu bonus yang menampilkan beberapa orang artis seperti Betcy Michael dan Jaymeral Henry(MyStarz LG) dan seorang artis iaitu Joseph George(Bonus Track). Komposer-komposer yang terlibat adalah seperti Douglas Henry, Ben S.Bukag, Anderson Nianti dan Jenifer Roland. Album yang berkonsep Pop Rnb dan Ballad ini juga memuatkan lagu-lagu dalam bahasa Kadazandusun, Melayu dan Inggeris. pendek kata... macam-macam adaaaa... hehehe... Album ni dalam bentuk DVD Karaoke+Audio CD yang berharga RM35 bagi harga pasaran tapi sekarang masih lagi harga promosi... jadi beli jangan tak beli... inda rugi bha... hahaha.. Support our Music Industry kio...

Setakat ini, Album Hary Nianti boleh didapati di Studio Pusakag Production & Cafe, Faith Trading (Beluran), atau terus berhubung dengan saya melalui FB Hary Nianti terutama mereka yang berada di Kuala Lumpur. Untuk keterangan lebih lanjut , sila layari Hary Nianti Official Page - Kada Pologoso .

Secara peribadi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam menjayakan Album Hary Nianti. Jasa kamurang semua sangat saya hargai dan hanya Tuhan saja yang mampu membalas segala jasa anda sekalian. Tenkiuuuuuuu sooooo much guys... l luv u allzzzzz...

Bah, jangan kasi lamaaaa... beli lah sementara stok masih ada... hahaha... Sokongan daripada anda semua amatlh dihargai... bersama-sama kita memajukan lagi Industry Muzik Tempatan.


Regards,
Hary Nianti




Wednesday, June 8, 2011


ALBUM HARY NIANTI - KADA POLOGOSO

ISTIMEWA DARI HARY NIANTI
by, Ersie Chell Anjumin


BIARPUN sudah memiliki kerjaya tetap sebagai Pegawai Kebudayaan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kuala Lumpur, pemilik nama sebenar Peter Haryson Nianti tetap menanamkan azam yang tinggi untuk menunaikan impiannya memiliki album sendiri.

Walaupun terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu selama hampir setahun, ia tidak mematahkan semangat pemuda kelahiran Beluran ini untuk meneruskan langkahnya dalam bidang muzik.

Malahan di bawah bumbung Pusakag Production, jerih payahnya mula membuahkan hasil apabila album sulungnya, Kada Pologoso yang mengetengahkan konsep RnB, Pop dan balada bakal diedarkan secara terbuka nanti.

Promosi ini akan diadakan di Booth Pusakag (gerai bernombor 15 dan 16) di KDCA, Penampang bermula hari Ahad nanti hingga 31 Mei depan dengan harga promosi RM30.

Mempertaruhkan 11 buah lagu, jejaka yang lebih mesra dengan sapaan Hary, mengharapkan agar kehadirannya dapat diterima oleh para penggemar muzik.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album pertamanya ialah, Kada Pologoso, Olumis Koh Umandak, Kau Ku Cinta, Poilo Isio, About U, Tondu Lansanonku, Raraa Beluran (dalam bahasa Dusun Labuk), Ku Sempurna, Mandad Sisimba 2, Tikid Tadau dan sebuah lagu bonus iaitu Iziau Nodaa yang dinyanyikan oleh Joseph George.

Album berbentuk DVD Karaoke dan Audio CD ini menggabungkan komposer yang berbakat besar seperti, Douglas Henry Monis, Benn S. Bukag, Jennifer Rolland@ Popo, Anderson Nianti, Stephen Masil dan Joseph George.

Selain itu, album ini turut mempamerkan gandingan mantap Hary bersama beberapa artis lain seperti bekas juara bintang remajaRTM peringkat kebangsaan Betcy Michael menerusi lagu Mandad Sisimba 2 dan finalis MyStarz LG, Jaymeral Henry dalam lagu yang berjudul Olumis Koh Umandak.

Apa yang membanggakan, meskipun kehadirannya dalam pasaran muzik tempatan masih hijau, tidak dinafikan pembabitan Hary dan abang kembarnya, Peter Anderson Nianti dalam pertandingan menyanyi di beberapa buah daerah di seluruh Sabah berjaya mencuri tumpuan ramai.

Walaupun adik beradik kembar ini tidak berpadu suara, namun Anderson tetap membantu adiknya menjayakan kemunculan album sulung dengan menjadi penasihat vokal.

Tutur Anderson ketika dihubungi kelmarin, beliau berharap agar album adiknya mendapat sambutan hangat sekaligus membolehkan lagu dalam album itu nanti menjadi pilihan halwa pendengar.

“Sebagai seorang abang, pastinya saya mengharapkan yang terbaik buat Hary. Saya juga berharap agar genre muzik yang dibawakannya nanti diterima secara positif oleh seluruh masyarakat Sabah,” ujar Finalis KENTE Musim ke-3 yang juga kini mempunyai perancangan untuk muncul dengan album sulung.

Menariknya mengenai album ini, Hary bukan saja menyanyi tetapi turut menyumbangkan hasil nukilannya sendiri menerusi lagu Kau Ku Cinta manakala abang kembarnya menganyam kemas album itu menerusi lagu Ku Sempurna.

“Selain itu, lagu Raraa Beluran, Poilo Isioo dan Olumis Koh Umandak pernah saya nyanyikan sewaktu membuat persembahan di Negeri Sembilan dalam Program Merakyatkan Seni dan program Menifestasi Puisi di Taman Budaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini,” jelas anak keenam daripada lapan beradik yang nyata bersyukur dengan sambutan yang diterima oleh masyarakat di negeri lain.

Berbicara mengenai lamaran Pusakag Production, bekas penuntut seni kreatif di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mengakui semuanya bermula daripada penyertaanya dalam pertandinganKENTE 1.

“Sebaik selesai membuat persembahan, saya dipanggil oleh bos Pusakag iaitu En Henry M. Gummisi dalam pejabat beliau dan dia memberitahu saya hasratnya untuk mengambil saya menyanyi dalam album keluaran Pusakag suatu masa nanti,” ceritanya kepada Hiburan NST.

Sambungnya lagi, “Selepas habis belajar saya mula tumpukan perhatian serius pada bidang nyanyian dan jujurnya, menerima lamaran Pusakag menyebabkan saya terdorong untuk berusaha lebih gigih bagi membuktikan kepada Pusakag Production bahawa pilihan mereka adalah tepat.”

Selain berterima kasih pada Henry, Hary turut melahirkan ucapan penghargaanya kepada keluarga Tamin dan semua pihak yang banyak membantunya sejak beliau berjinak-jinak dalam dunia muzik.

“Berbanyak terima kasih kepada keluarga Tamin terutamanya En Callix dan Puan Philomina sebab banyak memberi dorongan sehinggalah saya melibatkan diri dalam indutri muzik KADUS. Begitu juga dengan Puan Betcy Michael yang menjadi salah seorang penasihat vokal saya selama ini,” katanya sambil menambah, kesabaran Betcy dalam mengajarnya teknik-teknik yang betul dalam nyanyian banyak membantunya menjadi penyanyi yang lebih baik.

Malah Hary juga tidak melupakan sokongan yang diberikan oleh keluarganya, rakan-rakan, tempat beliau bertugas kini dan juga media-media cetak dan elektronik.

Bagi mengenali lebih lanjut mengenai jejaka berbintang Aries ini, boleh layari laman sosial FB http://www.facebook.com/hary.nianti atau email haryson_85@yahoo.com beliau.

BIODATA

NAMA: Peter Haryson Nianti

NAMA PENTAS: Hary Nianti

TARIKH LAHIR: 2 April 1985

ASAL: Beluran

AGAMA: Kristian

Hobi: Menyanyi, bermain muzik, menari dan mengambil gambar

Sumber : News Sabah Times

Wednesday, March 30, 2011

Life Is A Do It Yourself Project


An elderly carpenter was ready to retire. He told his employer - of his plans to leave the house building business and live a more leisurely life with his wife enjoying his extended family. He would miss the paycheck, but he wanted to retire. They could get by. The contractor was sorry to see his good worker go and asked if he could build just one more house as a personal favor. The carpenter said yes, but his heart was not in his work. He resorted to shoddy workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end his career. When the carpenter finished his work and the builder came to inspect the house, the contractor handed the front-door key to the carpenter. This is your house, he said, my gift to you. What a shock! What a shame! If he had only known he was building his own house, he would have done it all so differently. Now he had to live in the home he had built none too well. So it is with us. If we build our lives in a distracted way, reacting rather than acting, willing to put up less than the best. At important points we do not give the job our best effort. Then with a shock we look at the situation we have created and find that we are now living in the house we have built. If we had realized that we would have done it differently. Think of yourself as the carpenter. Think about your house. Each day you hammer a nail, place a board, or erect a wall. Build wisely. It is the only life you will ever build. Even if you live it for only one day more, that day deserves to be lived graciously and with dignity. The plaque on the wall says, Life is a do-it-yourself project. Your attitudes and the choices you make today will be your life tomorrow, build it wisely.