Monday, June 27, 2011

How not to be afraid of tomorrow!


I am not afraid of tomorrow for I have seen yesterday and I love today.


Noah's Ark : Everything I need to know, I learned from Noah's Ark .

ONE : Don't miss the boat.

TWO : Remember that we are all in the same boat!

THREE : Plan ahead. It wasn't raining when Noah built the Ark .

FOUR : Stay fit. When you're 60 years old, someone may ask you to do something really big.

FIVE : Don't listen to critics; just get on with the job that needs to be done.

SIX : Build your future

SEVEN : For safety's sake, travel in pairs.

EIGHT : Speed isn't always an advantage. The snails were on board with the cheetahs.

NINE : When you're stressed, float awhile.

TEN : Remember, the Ark was built by amateurs; the Titanic by professionals.

ELEVEN : No matter the storm, when you are with God, there's always a rainbow waiting.


Friday, June 24, 2011



Album Hary Nianti - Kada Pologoso, kini berada di Karaoke-Karaoke Sekitar Kota Kinabalu..
Bha ni kali lh... jom Test Powerrrr!!!!!!

** Pembetulan - Tambunan Golf Club (TNGC).

Monday, June 20, 2011


Hiburan Hujung Minggu Bersama Hary Nianti & Bernard Laimen Michael. Bertempat di ASTAKA, Beluran pada 3 Julai 2011 jam 10 pagi. Ada banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Siap boleh dapat hadiah lumayan lagi tau.. nah.. mana kau cari... Memperkenalkan juga baka-bakat dari Beluran yang tidak kurang hebatnya iaitu Anderson Nianti (juara Sugandoi DBKK), Raflie, Edwin, Lainjih, Janai, Doddy, Marylyn, Azilin, Hilary, Emilda & Victor.

Penjualan Album Hary Nianti - Kada Pologoso akan diadakan pada masa itu. Jadi kepada yang berada di sekitar sila datang beramai-ramai k... Yang dari jauh pun kalau free2 tu datang2 lah kio... bila lagi boleh melawat Beluran ni....

ok ... jumpa anda semua disaaaaanaaaa!!!!!


Thursday, June 16, 2011

Manusia Yang PALING MANANG!!!

Sya sebenarnya bukan lah jenis yg suka Post2 perkara yg bikin panas ni... tpi ni kali lh ndak leh handle..

Manusia oh Manusia.... Org yang saya mau cecite2 ni bukan lh saya cakap jahat ka apa ka, tapi dia layak untuk menerima anugerah yang "Paling Manang- kategori Bikin panas" . Ya lh, biasalhkan manusia xakan lari daripada membuat kesilapan. Tapi kalau yang xpandai sedar tu yang xberapa best tu. pernah dengar "PHD"... bukan yang gelaran PHD dekat Universiti tu.. yg "Perasaan Hasad Dengki". nahhh... Paling Manang kan...

Nokuro, Why, Kenapa, Baket po, mau dengki2 ni.... masing-masing sudah ada kerja sendiri, ada tugasan sendiri apa lagi mau menyibuk? takut orang lain lebih nampak buzy ka sampai orang mau konsentret kerja sendiri pun mau juga diganggu. Tau lah, mungkin orang baru kan, tapi otak kitaorg bukan tiada fungsi sampai tidak boleh berfikir. Mendidik atau mengajar dengan cara yang betul kami(saya) terima tapi sampai membuat kitaorg kelihatan bodoh tu yang paling bikin panas!!!! .... kalaulh saya jak yang komplain mgkin saya yang ada problem, tapi kalau sampai satu dunia tahu perangai ni org nah tu yang sedih sikit tu..

Pengajaran sama kitaorng lah kan termasuk diri saya juga, jangan lah ada perasaan dengki dengan orang lain, buatlh kerja dengan ikhlas dan dengan niat yang baik.

P/S ; Sory lah ekk, meluah perasaan pulak... hahaha...Jika ada kata-kata yang kasar tu, minta maaf banyak2 ya... i luv u guys... yang penting kita semua Paling Manang!!!!!!

Apa pun jangan lupa beli Album HARY NIANTI - Kada Pologoso k... luv u all.... ^__^

Saturday, June 11, 2011

Album Hary Nianti - Kada Pologoso


Haloooooo semua, lama saya xupdate blog saya ni...ntah lah, sama ada malas, no idea, xada masa atau sebagainya.... apapun saya harap kamurang semua sihat-sihat n happy2 lh kan... banyak perkara berlaku kepada saya sejak kebelakangan ni... Ada yang Paling Best, Kurang best, xbest, xbest langsung n bikinnnn panazzzzz... tapi orang kata, itulh asam garam kehidupan. Yang penting hidup mesti diteruskan....

Saja nak berkongsi dengan kamurang semua, mungkin ada yang tahu n ada yang belum, Album Hary Nianti-Kada Pologosoo kini berada di pasaran. Album yang benaung di bawah PUSAKAG Production ni memuatkan 11 buah lagu termasuk 1 lagu bonus yang menampilkan beberapa orang artis seperti Betcy Michael dan Jaymeral Henry(MyStarz LG) dan seorang artis iaitu Joseph George(Bonus Track). Komposer-komposer yang terlibat adalah seperti Douglas Henry, Ben S.Bukag, Anderson Nianti dan Jenifer Roland. Album yang berkonsep Pop Rnb dan Ballad ini juga memuatkan lagu-lagu dalam bahasa Kadazandusun, Melayu dan Inggeris. pendek kata... macam-macam adaaaa... hehehe... Album ni dalam bentuk DVD Karaoke+Audio CD yang berharga RM35 bagi harga pasaran tapi sekarang masih lagi harga promosi... jadi beli jangan tak beli... inda rugi bha... hahaha.. Support our Music Industry kio...

Setakat ini, Album Hary Nianti boleh didapati di Studio Pusakag Production & Cafe, Faith Trading (Beluran), atau terus berhubung dengan saya melalui FB Hary Nianti terutama mereka yang berada di Kuala Lumpur. Untuk keterangan lebih lanjut , sila layari Hary Nianti Official Page - Kada Pologoso .

Secara peribadi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam menjayakan Album Hary Nianti. Jasa kamurang semua sangat saya hargai dan hanya Tuhan saja yang mampu membalas segala jasa anda sekalian. Tenkiuuuuuuu sooooo much guys... l luv u allzzzzz...

Bah, jangan kasi lamaaaa... beli lah sementara stok masih ada... hahaha... Sokongan daripada anda semua amatlh dihargai... bersama-sama kita memajukan lagi Industry Muzik Tempatan.


Regards,
Hary Nianti




Wednesday, June 8, 2011


ALBUM HARY NIANTI - KADA POLOGOSO

ISTIMEWA DARI HARY NIANTI
by, Ersie Chell Anjumin


BIARPUN sudah memiliki kerjaya tetap sebagai Pegawai Kebudayaan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kuala Lumpur, pemilik nama sebenar Peter Haryson Nianti tetap menanamkan azam yang tinggi untuk menunaikan impiannya memiliki album sendiri.

Walaupun terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu selama hampir setahun, ia tidak mematahkan semangat pemuda kelahiran Beluran ini untuk meneruskan langkahnya dalam bidang muzik.

Malahan di bawah bumbung Pusakag Production, jerih payahnya mula membuahkan hasil apabila album sulungnya, Kada Pologoso yang mengetengahkan konsep RnB, Pop dan balada bakal diedarkan secara terbuka nanti.

Promosi ini akan diadakan di Booth Pusakag (gerai bernombor 15 dan 16) di KDCA, Penampang bermula hari Ahad nanti hingga 31 Mei depan dengan harga promosi RM30.

Mempertaruhkan 11 buah lagu, jejaka yang lebih mesra dengan sapaan Hary, mengharapkan agar kehadirannya dapat diterima oleh para penggemar muzik.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album pertamanya ialah, Kada Pologoso, Olumis Koh Umandak, Kau Ku Cinta, Poilo Isio, About U, Tondu Lansanonku, Raraa Beluran (dalam bahasa Dusun Labuk), Ku Sempurna, Mandad Sisimba 2, Tikid Tadau dan sebuah lagu bonus iaitu Iziau Nodaa yang dinyanyikan oleh Joseph George.

Album berbentuk DVD Karaoke dan Audio CD ini menggabungkan komposer yang berbakat besar seperti, Douglas Henry Monis, Benn S. Bukag, Jennifer Rolland@ Popo, Anderson Nianti, Stephen Masil dan Joseph George.

Selain itu, album ini turut mempamerkan gandingan mantap Hary bersama beberapa artis lain seperti bekas juara bintang remajaRTM peringkat kebangsaan Betcy Michael menerusi lagu Mandad Sisimba 2 dan finalis MyStarz LG, Jaymeral Henry dalam lagu yang berjudul Olumis Koh Umandak.

Apa yang membanggakan, meskipun kehadirannya dalam pasaran muzik tempatan masih hijau, tidak dinafikan pembabitan Hary dan abang kembarnya, Peter Anderson Nianti dalam pertandingan menyanyi di beberapa buah daerah di seluruh Sabah berjaya mencuri tumpuan ramai.

Walaupun adik beradik kembar ini tidak berpadu suara, namun Anderson tetap membantu adiknya menjayakan kemunculan album sulung dengan menjadi penasihat vokal.

Tutur Anderson ketika dihubungi kelmarin, beliau berharap agar album adiknya mendapat sambutan hangat sekaligus membolehkan lagu dalam album itu nanti menjadi pilihan halwa pendengar.

“Sebagai seorang abang, pastinya saya mengharapkan yang terbaik buat Hary. Saya juga berharap agar genre muzik yang dibawakannya nanti diterima secara positif oleh seluruh masyarakat Sabah,” ujar Finalis KENTE Musim ke-3 yang juga kini mempunyai perancangan untuk muncul dengan album sulung.

Menariknya mengenai album ini, Hary bukan saja menyanyi tetapi turut menyumbangkan hasil nukilannya sendiri menerusi lagu Kau Ku Cinta manakala abang kembarnya menganyam kemas album itu menerusi lagu Ku Sempurna.

“Selain itu, lagu Raraa Beluran, Poilo Isioo dan Olumis Koh Umandak pernah saya nyanyikan sewaktu membuat persembahan di Negeri Sembilan dalam Program Merakyatkan Seni dan program Menifestasi Puisi di Taman Budaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini,” jelas anak keenam daripada lapan beradik yang nyata bersyukur dengan sambutan yang diterima oleh masyarakat di negeri lain.

Berbicara mengenai lamaran Pusakag Production, bekas penuntut seni kreatif di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mengakui semuanya bermula daripada penyertaanya dalam pertandinganKENTE 1.

“Sebaik selesai membuat persembahan, saya dipanggil oleh bos Pusakag iaitu En Henry M. Gummisi dalam pejabat beliau dan dia memberitahu saya hasratnya untuk mengambil saya menyanyi dalam album keluaran Pusakag suatu masa nanti,” ceritanya kepada Hiburan NST.

Sambungnya lagi, “Selepas habis belajar saya mula tumpukan perhatian serius pada bidang nyanyian dan jujurnya, menerima lamaran Pusakag menyebabkan saya terdorong untuk berusaha lebih gigih bagi membuktikan kepada Pusakag Production bahawa pilihan mereka adalah tepat.”

Selain berterima kasih pada Henry, Hary turut melahirkan ucapan penghargaanya kepada keluarga Tamin dan semua pihak yang banyak membantunya sejak beliau berjinak-jinak dalam dunia muzik.

“Berbanyak terima kasih kepada keluarga Tamin terutamanya En Callix dan Puan Philomina sebab banyak memberi dorongan sehinggalah saya melibatkan diri dalam indutri muzik KADUS. Begitu juga dengan Puan Betcy Michael yang menjadi salah seorang penasihat vokal saya selama ini,” katanya sambil menambah, kesabaran Betcy dalam mengajarnya teknik-teknik yang betul dalam nyanyian banyak membantunya menjadi penyanyi yang lebih baik.

Malah Hary juga tidak melupakan sokongan yang diberikan oleh keluarganya, rakan-rakan, tempat beliau bertugas kini dan juga media-media cetak dan elektronik.

Bagi mengenali lebih lanjut mengenai jejaka berbintang Aries ini, boleh layari laman sosial FB http://www.facebook.com/hary.nianti atau email haryson_85@yahoo.com beliau.

BIODATA

NAMA: Peter Haryson Nianti

NAMA PENTAS: Hary Nianti

TARIKH LAHIR: 2 April 1985

ASAL: Beluran

AGAMA: Kristian

Hobi: Menyanyi, bermain muzik, menari dan mengambil gambar

Sumber : News Sabah Times