Thursday, August 25, 2011

Kristian "Halal" Pelacuran : Sinar Harian Minta Maaf

Akhbar Sinar Harian hari ini memohon maaf atas penyiaran satu kolumnya semalam berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan Kristian.

Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian' itu hari ini diakui "silap" dan "tidak tepat", menurut notis permohonan maaf yang disiarkan di halaman nasional akhbar tersebut hari ini.

sinar harian on christian movement aims july 23 2011"Dengan ini kami menarik semula (kolum) Info tersebut dan memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, khususnya para penganut agama Kristian di atas kesilapan yang dilakukan," notis itu dipetik.

Tulisan itu juga telah ditarik balik semalam oleh pengarah urusannya Datuk Hussamuddin Yaacub yang turut memohon maaf menerusi satu tulisan di laman Twitter.

Akhbar itu semalam mendakwa gerakan Kristian antara lainnya merancang untuk menggalakkan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan serta menghalalkan pelacuran.

Gerakan Kristian juga didakwa berusaha "merosakkan moral dengan kegiatan luar" serta memasukkan "unsur kurang baik (atau) adegan keterlaluan dan muzik yang melampau" sehingga menyebabkan orang Islam "leka dan lupa diri."

Tulisan berkenaan disiarkan ketika isu berhubung siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church semakin mendapat perhatian.

Siasatan yang dijalankan JAIS ke atas gereja berkenaan pada awal bulan ini adalah berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian.

Sumber :Malaysia Kini Ogos 24, 11 12:04pm
************************
Hary said:

Agak-agak lah kalau membuat kenyataan tu.. Saya rasa semua agama mengajar tentang kebaikkan bukan keburukkan. Jangan sampai "Menconteng Arang di Muka Sendiri" . Jangan jadikan Agama sebagai mainan POLITIK juga. Tak kan lah 'desperate' sampai macam tu sekali. mmmmmm....

Terlajak Perahu boleh diundur, Terlajak Kata badan BINASA!!!!!! mcm seorang tu yang konfiden cakap isu pasal VALENTINE (budaya kristian). Siapa yang pernah mengikut cerita tu dia tau lah.... Paling Manang kalau itu... huhhuhhhh

11 comments:

  1. astaga..... sampai begitu sekali? Dorg tidak pernah pi sembahyang di Gereja, mana la bah dorg tau apa ajaran yg kena bagi...adui...mmg melampau...

    ReplyDelete
  2. sangat melampau ni kenyataan dorng... ni lah bha kalau ditanam sifat (KEBENCIAN).. brtindak tanpa brfikir.. Semua agama ajar prkara yg baik2 lh.

    ReplyDelete
  3. Suka-suka saja durg cakap kan?Mulut betul2 teda insurans.Apa2 pun,kita doakan yang terbaik untuk mereka.Kita maafkan mereka sebab Hanya DIA sahaja yang tahu dan tiada yang mustahil bagi DIA..[Ba,cari2 la kamu apa yang berlaku malam sebelum Tsunami Di Indonesia berlaku~Jangan sampai bumi malaysia pun turut kena sapu~Opss!Sorry kalu ayat sa pedas~Tapi ini betul2 melampau!

    ReplyDelete
  4. ya...kita hanya Mengampuni dan Melupakakan. wahhh... baru lah.. paling manang kalau itu arr.. hehehe

    ReplyDelete
  5. ampuni mereka kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan..kesian bha durang tu..semoga tuhan mengampuni,amen

    ReplyDelete
  6. Rey - sandi berabiss.. heheh

    Sora lola - amen :-)

    ReplyDelete
  7. Hoiii nah...terus terlepas nescafeku dari tangan terbaca ini berita...punya bikin panas!!!!..sakit hati ow membaca!!!...pUnya la sandii durang punya kerja ini...agak-agak la bh jga takkan sampi agama urg pun di kc buruk2 sampai mcm begitu...klu nda tahu tentang ajaran kristian pg la gereja...ini suka hati saja cakap hal agama urg..haiyaaa...Semoga diberkati Tuhan...

    ReplyDelete
  8. Begini kalau ayat-ayat pagan....suda-suda la kamu tu,jangan sampai saya minta warna rambut kamu sebagai bayaran..hohoho..Tapi apa pun bersabar la wahai saudara/saudari sekristian dan seiman ku..itu la nama dugaan /ujian..

    ReplyDelete
  9. Tyron -hahah... sabar ko tyron.. hahah... anggap ni sbg cabaran n pengajar juga lah... Just Pray 4them.. kesian bogia talaps nescafe ko.. hehehe

    Anonymous - iya betul.. :-)

    ReplyDelete
  10. Uits, bikin panas o kalo benda-benda agama macam ni disebarkan. Suda la nda betul, ini pula melebih-lebih. Memang salah diorang tu, tapi I think ada tu penulis yang ada agenda dia sendiri. Yang silapnya, writings dia nda kena tapis.

    ReplyDelete